Mahram (Bahasa Arab: محرم ), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Ianya terbahagi kepada dua larangan iaitu :-
1.Larangan kekal (Muabbad)
2.Larangan sementara (Muaqqa)
Larangan kekal (Muabbad) :ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
•ibu-ibu kamu, dan
•anak-anak kamu, dan
•saudara-saudara kamu, dan
•saudara-saudara bapa kamu, dan
•saudara-saudara ibu kamu dan
•anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
•anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
•ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
•saudara-saudara susuan kamu, dan
•ibu-ibu isteri kamu, dan
•anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
•Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
•Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)
Larangan sementara (Muaqqat) :ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.
Mahram muaqqat ini terdiri dari :
1.Adik ipar atau kakak ipar.
2.Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan Mahram sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan Mahram
Termasuk bukan Mahram ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan Mahram. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.
Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.
BATAS-BATAS AURAT
Aurat wanita Islam yang wajib ditutup supaya tidak dilihat lelaki yang bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badannya, kecuali muka, dua tangan dan dua tapak kaki menurut sesetengah pendapat. Selain itu, ada lagi pendapat yang agak keras iaitu wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali sebelah mata kiri sahaja yang harus dibuka bagi keperluan bergerak ke sana sini. Bagi memenuhi keperluan ini, mereka perlu memakai pakaian seperti niqab yang menutup muka, di samping jilbab yang biasa dipakai wanita. Ini adalah pendapat yang mahsyur dalam mazhab Syafie.
Secara ringkas, batas-batas aurat ialah seperti di bawah ni:
1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.
2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan
Siapa yang boleh tengok aurat seseorang wanita ? Berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:
1.Suami
2.Ayah kandung
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki kandung
5.Anak-anak lelaki tiri
6.Abang atau adik lelaki
7.Anak-anak saudara yang lelaki
8.Wanita-wanita Islam
9.Pembantu yang dimiliki (zaman dulu ada khadam tak boleh disamakan dengan pembantu rumah zaman sekarang.)
10.Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
11.Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).
Aurat antara ipar duai serta sepupu sama seperti aurat dengan bukan mahram. Berkenaan sepupu pula. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
1.tutup aurat sebaik-baiknya
2.haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
BAPA SAUDARA SABIT / IBU SAUDARA SABIT : Iaitu suami kepada mak saudara atau isteri kepada ayah saudara, sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut (bagi muslimah) dia tak boleh lihat. Tubuh badan juga sejak akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.
TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita..
<sumber:slh seorg rkn fb>
moga bermanfaat utk kita semua..=)