Sunday 26 May 2013

p'kongsian b'sama...


 

Masya’ Allah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini.
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku…….(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. [Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran.

kisah di sebalik surah al-kahfi..

Alkisahnya....
Siapakah yang paling pintar?” Soal Nabi  Musa Di dalam satu khutbah. lalu Nabi Musa menjawab, “Akulah”. inilah detik permulaan kepada  kisah antara Nabi Musa A.S dan Nabi Khaidir. Akibat daripada kata-kata Nabi Musa itu, allah mendidik Nabi Musa kerana tidak memulangkan kepintaran yang allah berikan kepadanya dengan menurunkan wahyu kepadanya. Teguran ini adalah satu  teguran yang terus kepadanya. 
 Firman Allah:”ada  seorang hambaku yang mendiami sebuah tempat di pertemuan dua lautan, ilmunya lebih daripadamu”Kata Nabi Musa: “wahai tuhanku bagaimana untuk aku temuinya?”
 
Firman Allah :” Tangkaplah seekor ikan dan letakkan ikan di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang di situlah tempat yang kamu cari.”
Apabila mendapat wahyu terbabit, Nabi Musa segera mendapatkan ikan. Kemudian menyediakan seperti yang telah di minta dan membawa bakul bersama.Nabi Musa memulakan perjalanan dengan membawa seorang pembantu. Namanya  Yusya’ Bin Nun.Nabi Musa berjalan-jalan sampailah tiba di  sebiji batu yang besar. Kemudian Nabi Musa berehat di sana. Sewaktu di sanalah Nabi Musa tidak perasan akan ikan yang di bawanya sudah pun melompat keluar daripada bakul yang di bawa olehnya.Namun peritiwa itu telah di sedari oleh pembantunya.
 
Setelah terjaga daripada tidur Nabi Musa, bangkit dan meneruskan perjalanan bersama dengan pembantunya. Akibat keletihan Nabi Musa meminta kepada pembantunya untuk  mengeluarkan juadah untuk makan tengahari.

Kata pembantu nabi musa :” Adakah tuan mengetahui sesuatu yang ganjil telah berlaku sewaktu tuan sedang tidur? ikan itu melompat keluar daripada bakul dan terus berenang ke laut. Sesungguhnya aku telah di lupakan syaitan untuk memberi tahu akan hal ini kepada tuan.”

Kejadian ikan yang melompat itu mengingatkan nabi musa akan wahyu yang di terima olehnya. ” Itulah tempat yang hendak kita tujui” kata Nabi Musa A.S dengan segera Nabi Musa A.S bangkit dan bergegas ke sana.
Setibanya di sana, Nabi Musa mencari-cari gerangan Nabi Khaidir. Kemudian ada seorang lelaki yang menutupi mukanya dengan kain datang kepadanya dan menyapa dengan memberi salam. Lalu Nabi Musa menjawab salam, terus pemuda itu bertanya “Siapakah kamu?” lalu nabi musa menjawab “Akulah Musa”. Lalu lelaki itu bertanya ” Musa daripada bani israil?” lalu Nabi Musa menjawab “ya aku datang bertujuan untuk bertemu dengan kamu”. Nabi Musa mengetahui pemuda inilah Nabi Khaidir
.
Lelaki itu terus berkata lagi “Wahai Musa sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepadaku sesuatu ilmu tidak di ketahui olehmu”.
Nabi Musa menjawab ” boleh kah aku mengikutmu?”.
Lalu Nabi Khaidir menjawab “Sesungguh engkau tidak dapat bersabar dengan ku jika engkau mengikut ku! Bagaimana engkau akan mampu bersabar sedangkan engkau belum memiliki pengetahuan yang cukup tentangnya”.
Nabi Musa menjawab ” Insyallah enkau akan mendapati aku seorang yang sabar dan akan menuruti segala kemahuanmu”.
Nabi Khaidir berkata lagi  jika begitu “syaratnya mudah sahaja itulah janganlah engkau bertanya apa-apa pun sehingga aku menjelaskan kepadamu”. Kemudian mereka bermusafir bersama.
 ~Kisah di kapal


Mereka bertemu sebuah kapal yang indah yang hendak belayar. Mereka meminta kepada nahkhoda kapal untuk menumpangnya. Apabila nahkhoda kapal mengetahui bahawa yang meminta tumpang itu Nabi Khaidir tidak ada bayaran di kenakan.
Tiba-tiba sewaktu di dalam pelayaran ada seekor  burung yang terbang dan bertenggek di atas kapal  terbabit dan mencelupkan paruhnya sebanyak 2 kali.
Nabi khaidir bangkit dari duduk dan berkata kepada nabi musa ” Wahai musa, ilmu yang kita ada tidak akan mengurangkan sedikit pun ilmu Allah ibarat apa yang dihirup oleh burung itu”. Kemudian tanpa di sangka Nabi Khaidir mengambil kapak lalu merosakkan sebahagian daripada kapal terbabit.

Nabi Musa terus bertanya kepada Nabi Khaidir “Kenapa engkau lakukan semua ini? Bukankah kita telah di tumpangkan secara  percuma oleh nakhoda kapal? Kenapa engkau cuba merosakkan kapalnya? Apakah kamu ingin menenggelamkan semua  penumpang?” Nabi Khaidir menjawab ” Bukankah sudah aku katakan kamu sudah pasti tidak akan dapat bersabar dengan ku?”.

lalu Nabi Musa memohon maaf di atas apa yang di lakukan. Itulah merupakan kesilapan yang pertama yang telah di lakukan oleh Nabi Musa di dalam  kembaranya bersama dengan Nabi Khaidir.


Setelah peristiwa di kapal, kini mereka selamat mendarat di darat. Nabi Musa dan Nabi Khaidir terus menyambung perjalanan. Kali ini Nabi Musa sekali lagi di kejutkan dengan tindakkan Nabi  Khaidir. Nabi Khaidir berjumpa dengan seorang budak di sewaktu di dalam perjalanan mereka. Lalu apa yang terjadi adalah   Nabi Khaidir telah membuat satu tindakan yang luar daripada pemikiran Nabi Musa A.S

kali ini Nabi Khaidir telah membunuh budak terbabit. Cara Nabi Khaidir membunuh budak terbabit tidaklah di ceritakan di dalam al-quran, namun ada ulama’ yang membahaskan perihal perkara ini. Ada  yang mengatakan Nabi Khaidir telah menghendak kepala budak terbabit ke dinding sampai mati. Bagi penulis merasakan kisah pembunuhan itu tidak diketahui dengan jelas dan nyata, kerana tidak di beritahu dengan  jelas. Apa pun kaedah yang di gunakan yang pastinya budak tadi akhirnya mati.

Ini menimbulkan rasa tidak senang oleh Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S sekali lagi mempersoalkan tindakkan nabi khadir terbabit. “Mengapa budak  yang tidak berdosa di  bunuh? Kenapa budak ini wajar di bunuh? Apa  dosa yang di lakukan budak ini sehingga di perlakukan seumpamanya ? Engkau telah melakukan sesuatu kejahatan!.”

lalu nabi khaidir menjawab ” Bukankah sudah ku beritahu yang engkau sudah  pasti tidak tahan denganku.”

Lalu nabi musa menjawab ” Baiklah jika lepas ini aku masih bertanyakan kepada mu selepas ini engkau boleh halangku daripada mengikutimu. Sesungguhnya engkau telah lebih banyak bersabar menerima dengan  pelbagai alasan daripada ku.”

Tanpa melewatkan masa keduanya terus meneruskan perjalanan hingga sampai di sebuah tempat. Sampai di perkampungan terbabit Nabi Musa mengharapkan akan ada penduduk setempat yang akan menyantuni mereka, melayan mereka, kerana mereka adalah orang musafir. Mungkin dengan menyediakan makanan atau sebagainya. Namun sampai di kampung terbabit sebaliknya telah berlaku. semua orang tidak memperdulikan akan mereka di situ.

Lalu Nabi Khaidir pergi ke satu sudut dan membangunkan semula dinding yang hampir roboh dan memperelokkannya.Lalu Nabi Musa berkata kepada nabi khaidir ” Kita melawat suatu tempat yang penduduknya tidak mahu meraikan kita apatah lagi menjamu kita, tetapi engkau masih lagi mahu meraikan mereka dengan mempelbaiki dinding itu? Jika engkau ingin mendapatkan upah tentulah engkau layak memperolehinya.”

“Inilah tempat kita akan berpisah dan aku akan memberikan penjelasan kepada mu atas perbuatan yang engkau persoalkan.” Kata Nabi Khaidir (surah Al-Kahfi(18) ayat 79-82)

79.  Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan merusakkan bahtera itu, Karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.
80.  Dan adapun anak muda itu, Maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.
81.  Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).
82.  Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri.

“Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.

“Jika Nabi Musa a.s bersabar sedikit, maka tentulah banyak lagi perkara yang akan dipelajarinya dan akan sampai kepada kita.

Friday 24 May 2013

kelebihan ketika berada di majlis ilmu..

Assalamualaikum...
~Buat mereka yang rasa x tenteram atau dihujani dengan pelbagai masalah, cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah..
Selalu melakukan solat 5 waktu, membaca Al-Quran, bersedekah dan menghadiri majlis ilmu...Insyaallah hati kita akan menjadi tenang..

Kebaikan ketika berada di majlis ilmu

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)


P/S : Walau sesibuk mana pun kita mengejar kehidupan dunia, jangan sesekali kita melupakan akhirat kerana kenikmatan hidup di dunia hanyalah sementara tetapi akhiratlah yang kekal abadi...
Oleh itu, hadiri majlis ilmu...InsyaAllah dengan ilmu itu kelak yang akan menuju jalan yang diredhai olehNYA...Aaamin.

Meniti hr2 t’akhir sbg plajar

Assalamualaikum,
Alhamdulillah...Syukur pada Allah S.W.T masih diberi nikmatNYA pada saya untuk terus bernafas di bumiNYA ini. Rasa rindunya kat blog nie...(xingt pasword)...Huhu
indahnyer perasaan saat m’jadi pelajar tahun akhir, seperti indahnya perasaan m’jadi pelajar baru sewaktu tahun pertama dahulu, saat mula2 menjejakkan kaki ke KUIN,dgn adanya orentasi (MSR),dan di situlah jugak terjalin p’sahabatan dngn k’kawan baru.bak kata semuanya barulah…indahnya rasa itu.

Selama hampir 4 tahun diBumi KUIN, pelbagai pegalaman dan dugaan, pahit manis cabaran yang dilalui telah byk m’dewasakn pemikiran ku, sekaligus m’jadikan ku seorang yg tegar dan cekal dlm m’hadapi hidup..kadang terasa kegoyahan, kemelut remaja yg masih lagi m’cari melawan nafsu dan ajakan dunia yg t’buka dan t’bentang luas. kuatkah aku?? kuatkah aku utk menepis setiap dugaan dan godaan dunia remajaku saat masih t’kapai2 menimba ilmu dan m’gapai cita2. cekalkah aku utk membentengi diri dari anasir2 jahat yg tak pernah jemu memujuk..

Alhamdulillah, Tinggal lebih kurang 10 hari lagi sebelum kaki ini melangkah keluar dari dunia KUIN yg tercinta. pasti rindu dgn suasana kampus. Terlalu byk kenangan yg dicoretkan, pahit manis bergelar seorang mahasiswa. Itu la pelajaran hidup yg sebenar bukan sekadar m’dengar kuliah. tetapi bagaimana kita memupuk keyakinan diri m’jadi insan yg m’punyai jati diri yg utuh.

Dan saat2 akhir ini juga la,aku dan housemates(mpnk) a.k.a pelajar2 kuin meluangkan masa bersama2 utk yg terakhir kalinya sebelum bertukar status m’jadi graduan…antara aktivitnya, kami pergi berkelah di lata bayu,baling dan makan2 b’sama tuan rumah yang sangatlah baik hati t‘hadap kami semua..bak kata,dah macam mak dan ayah angkat kami…

Dan topik yang paling hangat dibincangkan sebagai pelajar tahun akhir selain pekerjaan adalah kawen!! hehehehe..erm,lumrah hidup ktakan…setakat ni,adalah beberapa coursemates yg bakal b’kahwin setelah tamat study…dan housemates pulak,smuanya msh single2 lg..(pkt2 nk cr kerja dlu..) Kalau ikutkn ramai jgk kwn2 yg sebaya aku yg dah m’dirikan rmh tangga dan yg akn b’kahwin …apa pon tahniah…


Really enjoy my study in KUIN, after so many ups and downs, semoga segala apa yg kita pelajari di KUIN b’manfaat utk kehidupan yg akan datang, dan semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh. Amin!!!
~ Gudluck to all final year students.. ;)~                                           




                           < geng mpnk....to dida,bed,nisah pic hmp3 pyh nk ada bila nk kumpul skali jd ambkpic ni jgk > 
                                                  
 mood:
-          Nk cari kerja,
-          M’harapkan moga ukhwah yg t’jalin ini hanya krn Allah,
-          Dan juga moga p’temuan dgn para p’didik yg m’bimbingku hanya krn Allah..