Monday 5 November 2012

hbs exam...

hye kawan2 :)
assalamualaikum semuaaaaaa hohohhoho
entry kali ni simple ja..
i feel better now,alhamdulillah...cz da hbs exam utk sem7 ni (3/11)..
apa yang pasti,i wanna go home!!!!!!!
yuhuuuuu moga Allah mudahkan segalanya....
gudluck bah =)
  dan pd bln yg sma gk,alhamdulillah..kakakku a.k.a k.long bkl menamatkn zmn bujangnya  pd (17/11)...
ok,di sini nk gk aku tempek kad khwn k.long yg da t'cetak n da pon diedarkn..


 (cantik kn...)

  (di jemput hadir)

note: tahniah k.long...bkl m'jd pngntin bru n isteri org xlma lg...
         mga dip'mudhkn sgala urusan... 

Wednesday 31 October 2012

hyatila pesanan t'akhir rasulullah..

Di akhir hayat Rasulullah, baginda telah menyampaikan amanat terakhir. Ketika itu Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Diantara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka (isteri) juga mempunyai hak ke atas kamu (suami). Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
p/s : Al Fatihah kepada Rasulullah S.a.w dan berselawatlah kepada baginda. Mudah-mudahan, nur petunjuk baginda sampai ke hati kita dengan keizinan Allah hendakNya.

kita selalu lupa...

Jika kita mampu mengingati segala kenikmatan yang pernah Allah berikan kepada kita, tentu kita kehilangan kalimat untuk memuji kebesaran dan keagungan Allah SWT. Betapa Allah itu Maha Memberi, Maha Mengasihi dan Maha Lembut kepada hamba-hambaNya.

Begitu banyak nikmatNya yang kita pakai, yang kita gunakan bahkan kita makan hingga diri kita tumbuh dan membesar. Bumi tempat kita berpijak, langit tempat kita berlindung dan rezekiNya yang tidak pernah satu saatpun terhenti, bahkan udara yang kita sedut dan air yang kita minum semuanya itu menggambarkan betapa Allah itu Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya. Namun kita selalu lupa untuk bersyukur hingga kesyukuran itu sendiri begitu asing dalam jiwa kita, tidak begitu dirasakan mesra oleh hati dan lidah kita.


Bahkan ketika Allah timpakan sedikit musibahNya kepada kita untuk menguji Cinta dan Syukur kita padaNya kita menyambut semuanya dengan seribu kekecewaan. Hati kita terus dirundung kedukaan lalu kita melupakan semua nikmat yang pernah Allah berikan kepada kita. Lalu kita mengeluh dengan jiwa yang lesu dan kecewa betapa ‘hidup kita tidak pernah bahagia’, ‘kitalah insan yang malang dan duka’, ‘kita tidak pernah bahagia seperti orang lain’ bahkan kita tanyakan padaNya “Sampai bila kita harus tempuhi hidup begini?”.


Dulu kita pernah juga ditimpa kesusahan lalu kita pernah juga mengadu dan berdoa kepada Allah. Kita tumpahkan air mata kita untuk menggambarkan kesedihan dan penderitaan jiwa kita. Kita sandarkan seluruh hati dan perasaan kita. Lalu Allah dengan sifat Kasih dan Sayang pada hambaNya merungkaikan segala yang membelit jiwa kita, dibukakanNya segala kesedihan yang menutupi hati kita hingga kita kembali tersenyum melihat kehidupan. Tetapi hari ini, ketika kebahagiaan menyinari hidup, kesenangan dan kemewahan menyelimuti diri, kita telah lupakan semua itu.


Ya, kita selalu lupa bahawa Allah sentiasa mendengar doa dan harapan kita bahkan Allah sentiasa melimpahkan nikmatNya kepada kita. Kita lupa bahawa diri kita ini terlalu kerdil untuk mengharungi kehidupan ini dan betapa kita memerlukan Allah dalam setiap saat dan detik kehidupan kita. Andainya kita selalu ingat tentu kita malu untuk mengeluh ketika kita berdepan dengan kesusahan, bahkan kita akan menangis mengenangkan betapa Allah itu Maha Lembut kepada setiap hambaNya.


~INGATAN BERSAMA BUAT KITA YG SELALAU LUPA~

Tuesday 30 October 2012

ucapkanlah insyaAllah..

Insya-Allah bererti Jika Allah kehendaki.Perkataan ini hendaklah diucapkan apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara,kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui tentang perkara yang berlaku pada masa hadapan.

        Misalnya,kita berjanji dengan kawan kita untuk bermain badminton pada waktu petang.Kita menyatakan kepadanya,"Saya akan datang ke rumah awak pada pukul lima petang."Jika kita tidak menyebut perkataan Insya-Allah,bererti kita telah melakukan kesilapan,kerana kita tidak tahu sama ada Allah mengizinkan kita berbuat demikian atau tidak.Mungkin rancangan kita itu terhalang oleh sebab-sebab tertentu,misalnya tidak dibenarkan oleh ibu bapa atau hari hujan dan sebagainya.

        Oleh sebab itu,kita hendaklah menyebut insya-Allah apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara pada masa hadapan.Apabila perkataan ini kita ucapkan dengan faham,bererti kita mengakui Allah mengetahui segala-galanya sedangkan kita tidak mengetahui melainkan apa yang Allah ajarkan.Sesungguhnya Allahlah yang memiliki kekuasaan yang tidak terbatas dan kita hanyalah makhluk-Nya yang lemah.

         Dalam al-Quran,Allah menyuruh kita menyebut perkataan insya-Allah melalui ayat yang bermaksud : "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu,kemudian nanti".Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "insya-Allah".Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah; "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini."(Surah al-Kahfi:23-24).

Menepati Janji
           Ada sebahagian orang dewasa yang tidak memahami erti perkataan ini dengan sebenar-benarnya.Mereka mengucapkan perkataan ini kerana mengikut orang lain mengucapkannya.Mereka mengucapkan perkataan itu sedangkan dalam hati mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara tersebut.Misalnya,seseorang itu mengucapkan "insya-Allah" atas jemputan rakannya supaya datang ke rumah,sedangkan dalam hatinya memang tidak mahu pergi ke rumah rakannya itu.

           Sebenarnya ucapan "insya-Allah" merupakan satu janji yang wajib ditepati.Orang yang menepati janji tergolong dalam golongan orang yang beriman.Orang yang sengaja pula akan mendapat dosa besar kerana perbuatan itu boleh menyusahkan orang lain dan dianggap di kalangan orang munafik.

           Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan kita agar menepati janji melalui hadis-hadis baginda.Diceritakan bahawa banginda pernah keluar menunggu selama beberapa hari kerana menunaikan janjinya hendak bejumpa seseorang.

          Sebagai orang islam yang yakin bahawa segala sesuatu itu berlaku adalah dengan kehendak Allah dan izin-Nya, maka hendaklah menyebut ''Insya-Allah ''setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara. Ucaplah ini hendaklah disertai dengan azam untuk melakukan perkara tersebut dan bukannya diucapkan dengan main-main.Sebutan "'Insya-Allah"ini adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadab kekuasaan Allah.

         Apabila kita ucapkan perkara "Insya-Allah" dengan penuh yakin dan faham ,bererti kita mengaja perhubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.Ucapkanlah "Insya-Allah " jika kita hendak melakukan apa sahaja perkara pada masa akan datang.                                                                  

        Tetapi sekiranya kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang disuruh atau diminta oleh orang lain, janganlah kita ucapkan perkataan ini, janganlah kita ucapkan perkataan ini. Dalam situasi ini,hendaklah kita berterus-terang jika kita tidak dapat melakukannya dan jangan sekali –kali berbohong dengan mengucapkan "Insya-Allah".Ingatlah,jika kita ucapkan perkataan tersebut dengan benar ,kita akan peroleh pahala.Jika kita mengucapkannya secara main-main tanpa niat untuk menunaikannya,maka kita akan peroleh dosa dan kermurkaan Allah SWT.

Thursday 25 October 2012

salam aidiladha 1433H

 Assalamualaikum, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha 1433H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama menghayati hikmah di sebalik sambutan ini, dan mengambil pengajaran daripada khutbah al-Wida’ yang disampaikan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW serta kisah nabi ibrahim a.s b'sma anknya nabi ismail a.s...

Wednesday 24 October 2012

asal usul solat & maksud bacaan dlm solat..

Mari sama2 kita kongsi dan ketahui ttg solat...solat tu kn tiang agama...=)

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.

Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.

Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.

Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.

Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.

Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .


Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah -
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah -
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Rukuk -
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bangun dari rukuk -
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Iktidal -
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Sujud -
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Duduk di antara dua sujud -
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Tahiyat Awal -
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tahiyat Akhir -
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut -
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu...
namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....
kami lah hamba yang mengharap belas darimu"

Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa...ampunkan dosa2 kami...kedua ibubapa kami...dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

 note:
 ~marilah kita sama-sama muhasabahkan diri, melihat kekurangan dan kesalahan kita di dalam solat.

~Janganlah kita sekadar solat kerana semata-mata mengikut suruhan Allah sahaja. Hayati setiap apa yang kita lafazkan.Tidak perlu untuk faham keseluruhan sekali gus, biar sedikit tetapi berlanjutan…Jika pada awal, mulakan memahami bacaan iftitah di dalam bahasa melayu, kemudian jika telah faham dan ingat, berpindahlah pula ke bacaan yang lain.
~Jadi,solatlah bersungguh2 dgn m'hayati setiap bacaannya.Ketahuilah Allah tidak melihat jenama telekung,jubah atau baju melayu apa yang kita pakai tetapi Allah hanya melihat hati kita dlm kekhusyukan melaksanakn solat…(p’ingatan b’sama)