Tuesday, 30 October 2012

ucapkanlah insyaAllah..

Insya-Allah bererti Jika Allah kehendaki.Perkataan ini hendaklah diucapkan apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara,kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui tentang perkara yang berlaku pada masa hadapan.

        Misalnya,kita berjanji dengan kawan kita untuk bermain badminton pada waktu petang.Kita menyatakan kepadanya,"Saya akan datang ke rumah awak pada pukul lima petang."Jika kita tidak menyebut perkataan Insya-Allah,bererti kita telah melakukan kesilapan,kerana kita tidak tahu sama ada Allah mengizinkan kita berbuat demikian atau tidak.Mungkin rancangan kita itu terhalang oleh sebab-sebab tertentu,misalnya tidak dibenarkan oleh ibu bapa atau hari hujan dan sebagainya.

        Oleh sebab itu,kita hendaklah menyebut insya-Allah apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara pada masa hadapan.Apabila perkataan ini kita ucapkan dengan faham,bererti kita mengakui Allah mengetahui segala-galanya sedangkan kita tidak mengetahui melainkan apa yang Allah ajarkan.Sesungguhnya Allahlah yang memiliki kekuasaan yang tidak terbatas dan kita hanyalah makhluk-Nya yang lemah.

         Dalam al-Quran,Allah menyuruh kita menyebut perkataan insya-Allah melalui ayat yang bermaksud : "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu,kemudian nanti".Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "insya-Allah".Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah; "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini."(Surah al-Kahfi:23-24).

Menepati Janji
           Ada sebahagian orang dewasa yang tidak memahami erti perkataan ini dengan sebenar-benarnya.Mereka mengucapkan perkataan ini kerana mengikut orang lain mengucapkannya.Mereka mengucapkan perkataan itu sedangkan dalam hati mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara tersebut.Misalnya,seseorang itu mengucapkan "insya-Allah" atas jemputan rakannya supaya datang ke rumah,sedangkan dalam hatinya memang tidak mahu pergi ke rumah rakannya itu.

           Sebenarnya ucapan "insya-Allah" merupakan satu janji yang wajib ditepati.Orang yang menepati janji tergolong dalam golongan orang yang beriman.Orang yang sengaja pula akan mendapat dosa besar kerana perbuatan itu boleh menyusahkan orang lain dan dianggap di kalangan orang munafik.

           Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan kita agar menepati janji melalui hadis-hadis baginda.Diceritakan bahawa banginda pernah keluar menunggu selama beberapa hari kerana menunaikan janjinya hendak bejumpa seseorang.

          Sebagai orang islam yang yakin bahawa segala sesuatu itu berlaku adalah dengan kehendak Allah dan izin-Nya, maka hendaklah menyebut ''Insya-Allah ''setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara. Ucaplah ini hendaklah disertai dengan azam untuk melakukan perkara tersebut dan bukannya diucapkan dengan main-main.Sebutan "'Insya-Allah"ini adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadab kekuasaan Allah.

         Apabila kita ucapkan perkara "Insya-Allah" dengan penuh yakin dan faham ,bererti kita mengaja perhubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.Ucapkanlah "Insya-Allah " jika kita hendak melakukan apa sahaja perkara pada masa akan datang.                                                                  

        Tetapi sekiranya kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang disuruh atau diminta oleh orang lain, janganlah kita ucapkan perkataan ini, janganlah kita ucapkan perkataan ini. Dalam situasi ini,hendaklah kita berterus-terang jika kita tidak dapat melakukannya dan jangan sekali –kali berbohong dengan mengucapkan "Insya-Allah".Ingatlah,jika kita ucapkan perkataan tersebut dengan benar ,kita akan peroleh pahala.Jika kita mengucapkannya secara main-main tanpa niat untuk menunaikannya,maka kita akan peroleh dosa dan kermurkaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.