Sunday, 26 May 2013

kisah di sebalik surah al-kahfi..

Alkisahnya....
Siapakah yang paling pintar?” Soal Nabi  Musa Di dalam satu khutbah. lalu Nabi Musa menjawab, “Akulah”. inilah detik permulaan kepada  kisah antara Nabi Musa A.S dan Nabi Khaidir. Akibat daripada kata-kata Nabi Musa itu, allah mendidik Nabi Musa kerana tidak memulangkan kepintaran yang allah berikan kepadanya dengan menurunkan wahyu kepadanya. Teguran ini adalah satu  teguran yang terus kepadanya. 
 Firman Allah:”ada  seorang hambaku yang mendiami sebuah tempat di pertemuan dua lautan, ilmunya lebih daripadamu”Kata Nabi Musa: “wahai tuhanku bagaimana untuk aku temuinya?”
 
Firman Allah :” Tangkaplah seekor ikan dan letakkan ikan di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang di situlah tempat yang kamu cari.”
Apabila mendapat wahyu terbabit, Nabi Musa segera mendapatkan ikan. Kemudian menyediakan seperti yang telah di minta dan membawa bakul bersama.Nabi Musa memulakan perjalanan dengan membawa seorang pembantu. Namanya  Yusya’ Bin Nun.Nabi Musa berjalan-jalan sampailah tiba di  sebiji batu yang besar. Kemudian Nabi Musa berehat di sana. Sewaktu di sanalah Nabi Musa tidak perasan akan ikan yang di bawanya sudah pun melompat keluar daripada bakul yang di bawa olehnya.Namun peritiwa itu telah di sedari oleh pembantunya.
 
Setelah terjaga daripada tidur Nabi Musa, bangkit dan meneruskan perjalanan bersama dengan pembantunya. Akibat keletihan Nabi Musa meminta kepada pembantunya untuk  mengeluarkan juadah untuk makan tengahari.

Kata pembantu nabi musa :” Adakah tuan mengetahui sesuatu yang ganjil telah berlaku sewaktu tuan sedang tidur? ikan itu melompat keluar daripada bakul dan terus berenang ke laut. Sesungguhnya aku telah di lupakan syaitan untuk memberi tahu akan hal ini kepada tuan.”

Kejadian ikan yang melompat itu mengingatkan nabi musa akan wahyu yang di terima olehnya. ” Itulah tempat yang hendak kita tujui” kata Nabi Musa A.S dengan segera Nabi Musa A.S bangkit dan bergegas ke sana.
Setibanya di sana, Nabi Musa mencari-cari gerangan Nabi Khaidir. Kemudian ada seorang lelaki yang menutupi mukanya dengan kain datang kepadanya dan menyapa dengan memberi salam. Lalu Nabi Musa menjawab salam, terus pemuda itu bertanya “Siapakah kamu?” lalu nabi musa menjawab “Akulah Musa”. Lalu lelaki itu bertanya ” Musa daripada bani israil?” lalu Nabi Musa menjawab “ya aku datang bertujuan untuk bertemu dengan kamu”. Nabi Musa mengetahui pemuda inilah Nabi Khaidir
.
Lelaki itu terus berkata lagi “Wahai Musa sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepadaku sesuatu ilmu tidak di ketahui olehmu”.
Nabi Musa menjawab ” boleh kah aku mengikutmu?”.
Lalu Nabi Khaidir menjawab “Sesungguh engkau tidak dapat bersabar dengan ku jika engkau mengikut ku! Bagaimana engkau akan mampu bersabar sedangkan engkau belum memiliki pengetahuan yang cukup tentangnya”.
Nabi Musa menjawab ” Insyallah enkau akan mendapati aku seorang yang sabar dan akan menuruti segala kemahuanmu”.
Nabi Khaidir berkata lagi  jika begitu “syaratnya mudah sahaja itulah janganlah engkau bertanya apa-apa pun sehingga aku menjelaskan kepadamu”. Kemudian mereka bermusafir bersama.
 ~Kisah di kapal


Mereka bertemu sebuah kapal yang indah yang hendak belayar. Mereka meminta kepada nahkhoda kapal untuk menumpangnya. Apabila nahkhoda kapal mengetahui bahawa yang meminta tumpang itu Nabi Khaidir tidak ada bayaran di kenakan.
Tiba-tiba sewaktu di dalam pelayaran ada seekor  burung yang terbang dan bertenggek di atas kapal  terbabit dan mencelupkan paruhnya sebanyak 2 kali.
Nabi khaidir bangkit dari duduk dan berkata kepada nabi musa ” Wahai musa, ilmu yang kita ada tidak akan mengurangkan sedikit pun ilmu Allah ibarat apa yang dihirup oleh burung itu”. Kemudian tanpa di sangka Nabi Khaidir mengambil kapak lalu merosakkan sebahagian daripada kapal terbabit.

Nabi Musa terus bertanya kepada Nabi Khaidir “Kenapa engkau lakukan semua ini? Bukankah kita telah di tumpangkan secara  percuma oleh nakhoda kapal? Kenapa engkau cuba merosakkan kapalnya? Apakah kamu ingin menenggelamkan semua  penumpang?” Nabi Khaidir menjawab ” Bukankah sudah aku katakan kamu sudah pasti tidak akan dapat bersabar dengan ku?”.

lalu Nabi Musa memohon maaf di atas apa yang di lakukan. Itulah merupakan kesilapan yang pertama yang telah di lakukan oleh Nabi Musa di dalam  kembaranya bersama dengan Nabi Khaidir.


Setelah peristiwa di kapal, kini mereka selamat mendarat di darat. Nabi Musa dan Nabi Khaidir terus menyambung perjalanan. Kali ini Nabi Musa sekali lagi di kejutkan dengan tindakkan Nabi  Khaidir. Nabi Khaidir berjumpa dengan seorang budak di sewaktu di dalam perjalanan mereka. Lalu apa yang terjadi adalah   Nabi Khaidir telah membuat satu tindakan yang luar daripada pemikiran Nabi Musa A.S

kali ini Nabi Khaidir telah membunuh budak terbabit. Cara Nabi Khaidir membunuh budak terbabit tidaklah di ceritakan di dalam al-quran, namun ada ulama’ yang membahaskan perihal perkara ini. Ada  yang mengatakan Nabi Khaidir telah menghendak kepala budak terbabit ke dinding sampai mati. Bagi penulis merasakan kisah pembunuhan itu tidak diketahui dengan jelas dan nyata, kerana tidak di beritahu dengan  jelas. Apa pun kaedah yang di gunakan yang pastinya budak tadi akhirnya mati.

Ini menimbulkan rasa tidak senang oleh Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S sekali lagi mempersoalkan tindakkan nabi khadir terbabit. “Mengapa budak  yang tidak berdosa di  bunuh? Kenapa budak ini wajar di bunuh? Apa  dosa yang di lakukan budak ini sehingga di perlakukan seumpamanya ? Engkau telah melakukan sesuatu kejahatan!.”

lalu nabi khaidir menjawab ” Bukankah sudah ku beritahu yang engkau sudah  pasti tidak tahan denganku.”

Lalu nabi musa menjawab ” Baiklah jika lepas ini aku masih bertanyakan kepada mu selepas ini engkau boleh halangku daripada mengikutimu. Sesungguhnya engkau telah lebih banyak bersabar menerima dengan  pelbagai alasan daripada ku.”

Tanpa melewatkan masa keduanya terus meneruskan perjalanan hingga sampai di sebuah tempat. Sampai di perkampungan terbabit Nabi Musa mengharapkan akan ada penduduk setempat yang akan menyantuni mereka, melayan mereka, kerana mereka adalah orang musafir. Mungkin dengan menyediakan makanan atau sebagainya. Namun sampai di kampung terbabit sebaliknya telah berlaku. semua orang tidak memperdulikan akan mereka di situ.

Lalu Nabi Khaidir pergi ke satu sudut dan membangunkan semula dinding yang hampir roboh dan memperelokkannya.Lalu Nabi Musa berkata kepada nabi khaidir ” Kita melawat suatu tempat yang penduduknya tidak mahu meraikan kita apatah lagi menjamu kita, tetapi engkau masih lagi mahu meraikan mereka dengan mempelbaiki dinding itu? Jika engkau ingin mendapatkan upah tentulah engkau layak memperolehinya.”

“Inilah tempat kita akan berpisah dan aku akan memberikan penjelasan kepada mu atas perbuatan yang engkau persoalkan.” Kata Nabi Khaidir (surah Al-Kahfi(18) ayat 79-82)

79.  Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan merusakkan bahtera itu, Karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.
80.  Dan adapun anak muda itu, Maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.
81.  Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).
82.  Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri.

“Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.

“Jika Nabi Musa a.s bersabar sedikit, maka tentulah banyak lagi perkara yang akan dipelajarinya dan akan sampai kepada kita.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.