Wednesday, 16 January 2013

kisah benar: kenapa x rogol saya??

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. 
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. 

Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
 Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. 

Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. 

Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


sumber:blogger...sama2 kita kongsikn...

Tuesday, 15 January 2013

semester baru..semester akhir!!

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah dah pon masuk semester baru dan jgk mrupakn semester akhirku..erm,result utk sem lpas pun da lama keluar everything it’s ok, sptmn yg dhrpkn..oh ya,pejam celik,pejam celik upanya dah nak abes study dah.hehe..Dah nak grad dah..now,focus untuk sem akhir ni..

Urm,sem ni..banyak sangat p’kara yg berlaku dr hari ke hari…dan suma tu x la m’jejaskn diri stakat ni,alhamdulillah utk segalanya...

Tapi apa pun yang kita lakukan..jangan pkir ianya susahkan hidup kta.

Tapi pkirkan..bhwa smua pkra n mslh tu dpt mematangkn diri kita sendiri di  masa depan… right?? hehe..

Ok…slmt blajar n b’amal semua…

                                            yakin boleh...pasti boleh

happy new year 2013

Assalamualaikum,

Salam sejahtera…semoga kita selalu dilimpahkan rezki dan hidayahNYA oleh Allah SWT..Amin..happy new year 2013..pdhal da msuk ari yg ke 15jan utk thun ni… maka bertambahlah umur seseorang...diam tak diam...da tiga thun di kuin...mst suma org da azam baru utk thun bru ni begitu jgkla dgn tuan empunya blog ni..jd apa pon azam bru kalian,sama2la kita b’rusaha merealisasiknnya,insyaAllah..dan alhamdulillah msh diberi pluang bernafas di bumi Allah ini,serta msh mampu menaip di blog yg agk lma jgkla x b’update oleh krn ‘ketidakberkesempatan’ n kekeringan idea utk dikongsikn…hehehe alasan jer tu,mls yg lbhnya…oh ya,utk ingatan b’sama xkira dimana kita berada dan apa yg kita lakukan semuanya diperhatikn oleh Yang Maha Esa…ingt tu!!dan aku sbg hmbanya b’syukur atas sgala nikmat yg Kau berikan..



~sblum nk akhiri entri thun bru ni nk kongsi sekeping dua pic wedding kak longku,hehe yg da  pon b’langsung 17/11/2012 thun lalu,sptmn pnh gtau post yg sblum ni…;-)

kak long n abe long..hee 

                                                          tahniah....

~semoga ada perubahan dalam lembaran baru ini...