Tuesday, 9 July 2013

NATIJAH IMTIHAN...

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, natijah imtihan bagi semester akhir dan sepanjang pengajian di kuin dah keluar. tidak sia-sia mata ini bersengkang dr pagi hgga ke ptg.. meski talian internet antara clear dan tak clear, tetapi masih lagi berpeluang menatap keputusan yang baik dirasakan setakat ini (pada akula). Sepanjang 4 tahun pengajian atau 8 semester, kini bolehlah aku menarik nafas lega..Berapa natijahnya?? Ish, mana boleh diumumkan di sini, rahsia..apa2 pon,Terima kasih padaMU YA ALLAH..

Bagaimana pula dengan natijah sahabat-sahabat seperjuangan ku yang lain?? Pastinya ada yang gembira dengan keputusan natijah mereka dan ada pula yang sedih dan kecewa dengan keputusan natijah mereka itu. Buat sahabat-sahabat yang najah, mabruk diucapkan di atas kejayaan itu. Bergembiralah dengan banyak memuji Allah SWT. Manakala, buat sahabat-sahabat yang tidak najah, takziah diucapkan. Bersabarlah di atas ketentuan dan ujian yang diberi oleh Allah itu. Mungkin tiada rezeki. Terimalah dengan tabah dan redha. Pastinya ada hikmah di sebaliknya.

Kepada sahabat-sahabat yang berjaya, janganlah alpa dan lalai dengan kejayaan itu. Ingatlah, semua itu datangnya dari Allah SWT. Maka, perbanyakkanlah memuji dan bersyukur padaNYA. Moga kita termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur. Manakala, buat sahabat-sahabat yang tidak berjaya, usahlah bersedih. Tabahkanlah hati dan terimalah dengan sabar dan redha. Perbanyakkan lagi usaha di masa hadapan. Jangan putus asa. Pastinya Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran dan kekuatan iman kita padaNYA.

Tidak semestinya mereka yang berjaya itu telah berjaya dan akan berjaya selamanya. Dan tidak semestinya mereka yang gagal itu telah gagal dan akan gagal selamanya. Kerana, disebalik apa yang Allah SWT tentukan itu, pastinya ada hikmah yang terbaik buat diri kita. Boleh jadi, jika kejayaan yang diperolehi oleh seseorang itu akan membuatkannya lalai, leka, lupa dan kufur pada nikmat Allah. Maka Allah SWT menangguhkan kejayaan buat dirinya. Agar dia dapat merenung dan memperbaiki akan kelemahan dirinya itu. Manakala, jika kegagalan yang diperolehi oleh seseorang itu akan membuatkannya lebih dekat dengan Allah, maka mungkin itulah yang terbaik untuknya. Maka ingatlah, walau bagaimana kuat manapun usaha kita, sehebat manapun perancangan kita, ia tetap tidak akan dapat mengubah perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk diri kita.

Sepertimana apa yang difirmankan Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat ke 54 :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Yang bermaksud : Perancangan kamu dan perancangan Allah, Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik perancang.

note~
Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

~RAMADHAN 1434~





Alhamdulillah. Esok hari pertama berpuasa..jgn lupa niat ya... 
selain tidak memakan dan meminum apa-apa dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari, bulan puasa juga adalah menahan mulut, mata, telinga, kaki dan tangan dari perkara-perkara yang boleh membuahkan maksiat dan dosa.

  • Semoga kita menjadi orang yang tamak dan rakus dibulan ramadhan ini dengan grab banyak-banyak pahala - tingkatkan segala ibadah terupaya...dan juga....
  • kita sama2 akan terus memburu lailatul qadar...
Ramadhan kareem,semua!