Assalamualaikum..di ksempatan ini ingin aku ucapkan salam aidilfitri kepada sesiapa yang membaca entri ini,bkn apa tetiba teringat nk postkan sesuatu input yg bermanfaat kepada kita semua tentang meraikan hari raya mengikut sunnah nabi setelah aku perhatikan sepanjang 1syawal yang dah pun berlalu dan hari ini adalah hari yang ke 9 syawal tapi masih lagi dalam mood raya walaupun ada yang dah memulakan kerja bagi yang bekerja manakala bagi yang belajar pula dah pun bermula sesi pengajian.Apa-apa pun selamat kembali bekerja dan selamat belajar semula.(especially utk diriku jgk)
Ok,berbalik pada apa yng nk di sampaikan pada semua setelah terfikir tentang input ini,selepas sebulan Umat Islam berhempas pulas menjalankan ibadah berpuasa, tibalah masanya meraikan kejayaan itu dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan. Seluruh Umat Islam di Dunia dan Malaysia khususnya meraikan sambutan Eidul Fitri dengan bentuk dan adat yang berbeza,. Bagi rakyat Malaysia sambutan Eidul Fitri disambut dengan acara ziarah menziarahi sanak saudara dengan memakai pakaian yang terbaik dan cantik-cantik. Seluruh ahli keluarga berhimpun dan berkumpul bersama.
Namun,di sebalik kemeriahan sambutan Eidul Fitri, Islam telah meletakkan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari kebesaran. Inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa selaras dengan natijah ibadah berpuasa itu disyariatkan. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w turut sama meraikan hari lebaran ini dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Hal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kesedaran kita selaku Umat Islam memastikan tatacara kita meraikan hari lebaran ini tidak bercanggah daripada anjuran dan sunnah baginda Rasulullah S.A.W.(pernahkah kita fikir,ke xpernah?isk2 )
Amalan Bertakbir
Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang disyariatkan. Bermula sebaik sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal ) dan berakhir sehingga imam selesai berkhutbah di pagi Syawal. Firman Allah S.W.T:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah : 185
Ketika seluruh kaum keluarga berkumpul beramai-ramai pada malam hari raya, ramai yang melupakan anjuran bertakbir.Betul x?? Kita lebih selesa menonton rancangan –rancangan hiburan di kaca televisyen, tidak kurang juga yang berkesempatan berkaraoke sehingga larut malam. Jika ditinjau di masjid-masjid sebenarnya tidak ramai yang memanfaatkan peluang yang ada menyertai jemaah melaungkan kalimah agung yang suci ini.
Satu perkara yang perlu ditekankan juga ialah anjuran Rasulullah agar Umat Islam bertakbir dengan suara yang lantang ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri walaupun kebanyakan Umat Islam memandang remeh sunnah ini. Bertakbir dengan cara sebegini antara lain sebenarnya bertujuan menyerlahkan keagungan syiar Islam di samping menjadi contoh kesepakatan umat Islam di mata masyarakat bukan Islam.
Lafaz Ucapan Hari Raya

Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. (termasuklah tuan puny entri ni pon) Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan: ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” ( Kitab Fath al-Bari)
Justeru, mulai daripada syawal 1433h pada tahun ini dan tahun2 yang akan datang, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W.(utk ingatan kita bersama)
p/s: Selamat Hari Raya, marilah kita selalu bermaafan dan memaafi segala kesalahan tanpa menunggu hari raya. Allah menyukai kemaafan maka sewajarnya kita menjadi hamba yang pemaaf..lalui hari2 kita dgn senyuman... :-)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.