Saturday, 23 February 2013

ruang muhasabah diri...

Assalamualaikum semua!

Masih diberi peluang lagi utk terus hidup di muka bumi ini. Terima kasih ya ALLAH!
Oh ya. mari kita sama-sama tdak melupakan semua saudara seislam kita di seluruh dunia dan b’doa semoga ALLAH terus memberi perlindungan dan keselamatan kepada kita, keluarga kita dan seterusnya kepada semua saudara seIslam kita di serata pelusuk dunia. Tak kira di Palestine, Syria, Lubnan, Malaysia ataupun di Mynmar, sama-sama kita doakan untuk kita semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan selamat dari segala bahaya dan bala bencana. Teruskan berdoa. Kerana kekuatan Doa itu sangatlah hebat.

Alhamdulillah perjalanan hidup kita memang sudah dirancang dengan ALLAH s.w.t. dengan baik sekali. Walau apa saja ujian atau nikmat yang datang, itu semua adalah perancanganNya yang terbaik buat kita. Kadang-kadang memang kita rasa kecewa dan sedih bila ditimpa perkara yang menyedihkan, tapi di sebalik itu semua tersembunyi hikmah yang mungkin kita sendiri tidak sedar.

Dan kadang-kadang juga bila kita merasa gembira, kita rasakan yang kegembiraan itu adalah perkara yang sangat membahagiakan. Tapi kita juga mungkin tak sedar bahawa kegembiraan yang kita sangka bahagia itu sebenarnya sedang 'membunuh' jiwa dan meruntuhkan akhlak kita. Hmm begitulah…Itulah rahsia ALLAH yang tak mampu kita atau sesiapa pun di dalam dunia ini mampu membacanya.Walau apa sekalipun, jangan jadikannya sebagai alasan untuk kita berputus asa. Kita perlu tenang dan berusaha bersungguh-sungguh, berdoa kepadaNya dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T..





p/s: Bagaimana pula kalau hari ini adalah hari terakhir kita hidup Di dunia??? Adakah kita masih lagi mahu bertangguh untuk membuat kebaikan??? Fikir-fikirkan....
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.