Masya’ Allah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini.
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam
Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi
(Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh
dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada
kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu
mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap
berlaku…….(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung
Salehuddin Al-Ayubi)[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu
bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan
mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan
anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang
kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu,
apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA,
(Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan
penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis)
sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan
sehancur-hancurnya.
ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran.
ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran.