Friday, 27 April 2012

hati...

Setiap manusia punya hati. Setiap hati terisi emosi yang silih berganti. Sedih, gembira, kecewa, teruja, sayang, benci, takut, marah- sekadar menyenaraikan apa yang terlintas di minda.
Palestin,
Kamu punyai hati yang putih.
Kami merasai kesedihan, kekecewaan, ketakutan dan kesusahan yang kamu alami, walaupun apa yang kami rasai hanyalah sekadar cebisan perasaan sebenarmu.
Kami bangga dengan semangatmu untuk terus berjuang mempertahankan negara yang dipenjarakan oleh manusia yang tiada jiwa.
Kami akan iringi perjuangmu dengan doa dan kami pasti Dia sentiasa merahmatimu.


Israel,
Kamu punyai hati yang hitam.
Kami merasai kekejamanmu, kejahatanmu, ketidakwarasan akalmu, walaupun apa yang kami rasai hanyalah sekadar cebisan daripada kebiadapanmu.
Kami benci dengan semangatmu untuk terus membuat satu demi satu penghinaan di bumi ini.
Kami akan iringi perjuanganmu dengan doa, supaya Dia membalasmu setimpal dengan kerosakan yang telah kamu lakukan.



sekadar perkongsian...

Ceritanya bermula begini,
Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.

Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat.

Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara. Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

Akhir kata, mutiara kata untuk hari ini : Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.

p/s: “ setiap kita punya peranan dan kebijaksanaan masing2….”

hanyalah bahan copy paste tapi sangat bermanfaat untuk perkongsian bersama :)



kisah dua biji benih

Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."

Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

Kesian...

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.

Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.

Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!


Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."

Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

Kesian...

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.

Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.

Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!

p/s: Jangan lupa juga mintak supaya Allah teguhkan hati-hati kita tatkala dilanda ujian.




Monday, 16 April 2012

10 wasiat Hassan Al-Banna

1.Apabila anda mendengar azan,dirikan solat serta merta walau dalam apa keadaan sekalipun.


2.Bacalah Al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkan zikrullah,jangan sesekali membuamg masa walau  sedikitpun dalam perkara sia-sia.

3.Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4.Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara kerana pentengkaran kosong tidak memberi apa jua kebaikan

5.Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan tenteram.

6.Jangan banyak bergurau kerana umat islam yang sedang berjuang tidak mengenal melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap amalan.

7.Jangan mengangkat suara kamu melebihi dari kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana suara yang nyaring itu sia-sia dan menyakitkan hati.

8.Jauhilah dari mengumpat peribadi seseorang ,mengecam pertubuhan dan janganlah berbicara kecuali perkara yang memberi kebaikan.

9.Berkenalan dengan saudara seislam kamu sekalipun ia tidak meminta perkenalan itu kerana asas dakwah  kita adalah kasih sayang dan berkenal kenalan .

10.Sesungguhnya kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada.oleh itu bantulah saudaramu dalam menguruskan masa yang terbaik jika anda mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

-SEDIKIT PERKONGSIAN BERSAMA...SAMA2 KITA AMALKAN

SEKILAS PANDANG..

hidup x semudah yg dicanangkn..ada kalanya kita hidup mewah dan ada ketika pula dlm kesusahan..spt kata pepatah,hidup ibarat roda yg sentiasa berputar, ada ketika berada di atas dan ada waktunya di bwh..semasa kita brada di atas, jgnlh kita ghairah krn kesenangan dan kesusahan biasanya akan silih berganti...

Sunday, 15 April 2012

motivasi diri

Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.
Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.
Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.
Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.
Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

 
JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN

Segala Pujian Aku Panjatkan..

Assalamualaikum Warahmatullah..

Segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Mencipta dan Memiliki segala yang di langit dan di bumi. 

Alhamdulillah, akhirnya tercipta jua blog yang sekian lama aku fikirkan. Membaca memang menjadi satu kemestian bagi setiap pelajar sepertiku, namun untuk menulis ia memerlukan waktu dan input yang sesuai untuk dikongsikan bersama.Justeru itulah, kerana kesulitan dan kesuntukan waktu sebagai seorg pelajar dengan nota-nota kuliyah,kelas dan juga exam (x t'masuk lagi mkn ,tido,berangan n bla bla bla),niat untuk mencipta blogku sendiri aku ketepikan dahulu (hehehe t'ingin gak nk b'blog ni,sbnrnya..).Insya Allah,sampai waktunya aku akan menulis.Dan kini,alhamdulillah tanggal 15 April 2012 ini aku tergerak hati untuk menulis buat pertama kalinya di blog aku sendiri,TINTA MAYA...

Buat sahabat2,para pengunjung blog ni,ahlan wa sahlan,selamat datang,welcome aku ucapkan buat kalian semua.Aku mengharapkan kalian dapat membaca dengan setiap entri yang bakal di postkan.(ikut mood bila rasa nak tulis).Insya Allah blog ini akan aku jadikan medan pelbagai.(x kira la realiti or fantasi huhuhu..)
 
Mungkin medan untuk aku berceloteh, mungkin juga ia akan menjadi tempat untuk aku memuhasahabahkan diri ini dan kalian juga, mungkin juga tempat untuk kita semua berdiskusi. Kritikan membina, teguran serta cadangan sangat-sangat dialukan bagi meningkatkan lagi kematangan dan memperbaiki kelemahan diri ini. Insya Allah..