1.Apabila anda mendengar azan,dirikan solat serta
merta walau dalam apa keadaan sekalipun.
2.Bacalah Al-quran atau tatapilah buku-buku atau
pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkan zikrullah,jangan
sesekali membuamg masa walau sedikitpun
dalam perkara sia-sia.
3.Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam
bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.
4.Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara
kerana pentengkaran kosong tidak memberi apa jua kebaikan
5.Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung
dengan Allah sentiasa tenang dan tenteram.
6.Jangan banyak bergurau kerana umat islam yang
sedang berjuang tidak mengenal melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap amalan.
7.Jangan mengangkat suara kamu melebihi dari kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana suara yang nyaring itu sia-sia dan
menyakitkan hati.
8.Jauhilah dari mengumpat peribadi seseorang
,mengecam pertubuhan dan janganlah berbicara kecuali perkara yang memberi
kebaikan.
9.Berkenalan dengan saudara seislam kamu sekalipun
ia tidak meminta perkenalan itu kerana asas dakwah kita adalah kasih sayang dan berkenal kenalan
.
10.Sesungguhnya kewajipan kita lebih banyak dari
masa yang ada.oleh itu bantulah saudaramu dalam menguruskan masa yang terbaik
jika anda mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
-SEDIKIT PERKONGSIAN BERSAMA...SAMA2 KITA AMALKAN
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.